
|
|
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | ||
|
PROGRAM CERAMAH BANDAR SELAMAT DI MASJID BANDAR DALAM KAWASAN MPKB-BRI
TARIKH : 22 April 2011 (Jumaat) LOKASI : Masjid Telipot PENCERAMAH : 1. YBrs. Ustaz Abdul Fatah bin Jaafar 2. YBrs. En. Khairul Azmi bin Ahmad Agensi Anti Dadah Kebangsaan URUSETIA : Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKB-BRI Pada 22 April 2011 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jawatankuasa Masjid Telipot telah mengadakan Program Ceramah Bandar Selamat di masjid berkenaan sebelum solat Jumaat. Penceramah pertama program tersebut YBrs. Ust. Abdul Fatah bin Jaafar pegawai dari PMBK telah menyampaikan ceramah berkaitan usaha dan matlamat merealisasikan Kota Bharu sebagai sebuah Bandar Raya Islam dan hubungkaitnya dengan prinsip / teras 5K, iaitu Keilmuan, Kepatuhan, Kebajikan, Kebersihan dan Kesejahteraan. Beliau telah menjelaskan bahawa sekiranya setiap prinsip / teras 5K ini dapat dihayati dan di implimentasikan dengan betul oleh masyarakat sudah pasti matlamat merealisasikan Kota Bharu sebagai sebuah Bandar Raya Islam akan tercapai dan secara tidak langsung akan mewujudkan sebuah bandar yang selamat dan sejahtera. Manakala YBrs. En. Khairul Azmi bin Ahmad dari AADK selaku penceramah kedua pula telah menyentuh tentang penyalah gunaan dadah di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan remaja pada masa ini yang amat membimbangkan. Terutamanya masyarakat di Kota Bharu ini kerana kedudukannya yang agak hampir dengan sempadan negara Thailand. Sekiranya situasi ini tidak dibendung, sudah pasti gejala nagetif dalam masyarakat akan terus berkembang dan sudah tentu matlamat bagi mewujudkan sebuah bandar yang sejahtera dan selamat sukar untuk dicapai. Beliau juga ada menyatakan bahawa berdasarkan kajian yang telah dijalankan, Negeri Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang dijadikan sebagai transit dalam kegiatan pengedaran dadah dan situasi ini amat membimbangkan. Beliau juga menyeru agar semua pihak dapat bekerjasama bagi membantu pihak kerajaan dalam usaha membenteras masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan seterusnya sama – sama berusaha mewujudkan sebuah bandar yang selamat dan sejahtera untuk dinikmati bersama . Program Ceramah Bandar Selamat berakhir setelah masuknya waktu solat Jumaat.
Halaman:
1 2
|
|
|