5K (KAF) melambangkan 5 teras kota bharu bandaraya islam iaitu keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan.
Bilah sisip melambangkan 6 rukun iman.
Bulan sabit melambangkan kesyumulan islam dan bentuknya yang condong melambangkan islam dinamik dan futuristik.
Bunga kerak nasi bunga rasmi kota bharu bandaraya islam mempunyai 5 kelopak melambangkan 5 rukun islam.
Warna hijau adalah warna islam, islam sebagai ad-deen mencakupi hubungan manusia dengan tuhan, manusia sesama manusia dan manusia bersama alam sekitar menepati konsep “rahmatan Lil’alamin” yang menjamin kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan. Warna hijau melambangkan kesejahteraan dimana kehidupan warganya sentiasa “segar bugar” (rohani dan jasmani)