MENU

 ikon   Latar Belakang Majlis Perbandaran Kota Bharu
line

 

Latar Belakang Majlis Perbandaran Kota Bharu

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan.

Latar Belakang Majlis Perbandaran Kota Bharu

Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan dengan terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kewangan. Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat Institusi.

Pusat Pentadbiran

Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978.