MENU

LOGO MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU

5K (KAF)
melambangkan 5 teras kota bharu bandaraya islam iaitu keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan.

Bilah sisip
melambangkan 6 rukun iman.
Bulan sabit
melambangkan kesyumulan islam dan bentuknya yang condong melambangkan islam dinamik dan futuristik.
Bunga kerak nasi
bunga rasmi kota bharu bandaraya islam mempunyai 5 kelopak melambangkan 5 rukun islam.
Warna hijau
adalah warna islam, islam sebagai ad-deen mencakupi hubungan manusia dengan tuhan, manusia sesama manusia dan manusia bersama alam sekitar menepati konsep “rahmatan Lil’alamin” yang menjamin kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan. Warna hijau melambangkan kesejahteraan dimana kehidupan warganya sentiasa “segar bugar” (rohani dan jasmani)
Mahkota
lambang kedaulatan raja sebagai ketua agama negeri Kelantan
Warna merah
adalah warna rasmi negeri Kelantan melambangkan jati diri rakyat Kelantan,kesepaduan tekad dan komitmen, keberanian dan kecekalan dalam menegakkan kebenaran dan menghadapi cabaran
Pintu gerbang istana balai besar
lambang kota bharu kota budaya dan kesenian negeri Kelantan
Al-Quran dan Rehal
sebagai ikon kota bharu bandaraya islam
Tiang
lambang pembangunan dan kemajuan kota bharu bandaraya islam