MENU

Kijang Zon Warisan Budaya

Pemasangan papan tanda 'Kijang Zon Warisan Budaya' di bulatan Gok Kapor diharap dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung ke destinasi menarik di dalam DUN Kijang ini.

Sememangnya DUN Kijang sudah terkenal dengan kawasan pelancongan dan kraftangan di negeri Kelantan. Bermula dari Zon Songket di Kg. Penambang , deretan Gerai Jagung di Kg. Tikat, kawasan baru Pusat Riadah Keluarga di Pantai Kundur dan Pantai Mek Mas, Zon Batik di Kedai Buloh yang menawarkan pilihan dan kualiti batik terbaik kepada para pengunjung.

Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang juga destinasi pelancongan yang terletak di dalam DUN ini merupakan salah satu tarikan utama pelancong tempatan mengunjungi kawasan ini atas faktor pantainya yang mampu memukau mata para pelancong yang hadir.

Dengan adanya papan tanda ini diharapkan dapat menggalakan lagi industri pelancongan untuk mengunjungi ke kawasan ini. Terima kasih kepada FLEUR BATIK atas tajaan papan tanda.

Sumber FB : YB Dr Izani Husin

#KELANTANKUBERSIH
#JUPOSAPOHKUTIP
#JANGETOHOKKOKSEY