MENU

KOTA BHARu 25 Feb. - Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra berkenan berangkat ke majlis jamuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bersama lebih 5,000 rakyat di Dataran Cheng Ho, di sini malam ini.

Turut memeriahkan majlis anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Gabungan Tiong Hwa Kelantan itu ialah Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail dan Presiden Gabungan Tiong Hwa Kelantan, Oie Poh Chun.

Pada majlis tersebut, Tengku Muhammad Fa-Iz turut berkenan menggaul yee sang secara beramai-ramai dengan pemimpin negeri di pentas utama.

Sementara itu, Ahmad dalam ucapannya memberitahu, kehadiran rakyat tanpa mengira latar belakang dalam majlis tersebut merupakan cerminan kepada perpaduan dan keharmonian yang dikecapi Kelantan sebagai sebuah negeri berbilang kaum.

“Walaupun rakyat berbeza agama dan kepercayaan, Kelantan tetap harmoni kerana sikap toleransi dan hormat-menghormati yang diamalkan selama ini,” katanya.

Sambil menikmati hidangan, orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu Tahun Baharu Cina, tarian singa, paluan gendang Cina serta pertunjukkan bunga api. - UTUSAN ONLINE

 

 

Pemangku Raja Kelantan meriahkan jamuan Tahun Baharu CinaPemangku Raja Kelantan meriahkan jamuan Tahun Baharu Cina

Pemangku Raja Kelantan meriahkan jamuan Tahun Baharu Cina

Pemangku Raja Kelantan meriahkan jamuan Tahun Baharu Cina

Majlis Jamuan Sambutan Tahun Baru Cina 2018