MENU

Program Wanita Bidadari Syurga (Aras Tiga KB Mall)

Marafakkan Kesyukuran kepada Allah Swt setelah lama tergendala,akhirnya program yang melibatkan hal ehwal wanita di bawah jawatankuasa pembangunan Islam,belia,wanita dan kebajikan Mpkbbri telah terlaksana dengan jayanya..Kehadiran pengunjung di kalangan wanita dari segenap pelusuk kota memeriahkan program pada hari ini.
Terima kasih kepada NGO Nisa’ Kelantan yang menjadi urusetia bersama demi menjayakan program ini.Juga kepada semua warga mpkbbri yang bertungkus lumus membantu menyelaraskan perjalanan program.
Tiada tujuan lain pada program ini kecuali ingin memberi kebaikan kepada seluruh wanita demi menjadikan mereka wanita muslimah untuk sang suami dan keluarganya.Perkongsian padat daripada YB Senator Asmak Husin berkisarkan tabarruj patuh syariah amat memberikan impak yang besar tatkala dunia wanita hari ini yang terlalu obses kepada kecantikan.
Semoga program2 sebegini kerap kali diadakan untuk memberi lebih pendedahan dan kesedaran kepada seluruh wanita tidak kira di mana sahaja mereka berada.
Wanita muslimah di dunia dan bidadari di Syurga merupakan matlamat kepada seluruh wanita di muka bumi ini.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir pada hari ini.
#JPIMPKBBRI#
#PEMBANGUNANINSAN#
#INILAHMASANYA#

Wanita Bidadari Syurga

Wanita Bidadari Syurga

Wanita Bidadari Syurga

Wanita Bidadari Syurga