MENU

Sambutan Hari Kesihatan Negeri Kelantan 2019 bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI. Sambutan bertemakan Kesihatan Sejagat, Mencegah Adalah Lebih Baik ini adalah julung kali diadakan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan agensi-agensi kesihatan berkait seperti Yayasan Buah Pinggang (NKF), Pusat Perubatan Annisa, Insiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR) dan banyak lagi.

Turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah kepada, Penderma Darah Terbanyak seluruh negeri Kelantan, Anugerah Klinik Berhenti Merokok dan Pelancaran Buku Dietitian.

Hadir sama YB. Timbalan EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YM. Tengku Kaya Perkasa Dato' Timbalan SUK Kelantan dan YABrs. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.