MENU

PHOTO CHALLENGE

*SYARAT DAN PERATURAN KOTA BHARU PHOTO CHALLENGE ‘18*

1. Penganjuran pertandingan KOTA BHARU PHOTO CHALLENGE ’18 ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC).

2. Tema pertandingan adalah umum dengan tema – “ Kota Bharu dihatiku”

3. Peserta di wajibkan mengemukakan gambar dalam bentuk format JPEG 

(tidak melebihi 5 MB) (300 dpi)

4. Pengubahsuaian imej yang minimum di benarkan seperti cropping, white balance, HL, pencerahan & dust.

5. Sebarang manipulasi HDR, IR atau teknik yang boleh mengubah gambar asal 

ADALAH DILARANG sama sekali.

6. Hanya gambar yang di rakam pada tahun 2017-2018 di Kawasan pentadbiran MPKB-BRI sahaja layak untuk menyertai pertandingan ini. Pihak Juri berhak

mendapatkan exif data daripada peserta, jika sekiranya gambar yang dikemukakan meragukan pihak Juri.

7. Pihak Juri berhak menolak mana-mana gambar yang dikirim boleh menimbulkan Sensitiviti Agama serta boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan Negara.

8. Tiada had penyertaan , semua peserta boleh mengemukakan sebanyak mungkin atau menghantar foto, dengan syarat tertakluk kepada kategori 

berikut :- 

a. Human Interest

b. Landskap

c. Kebudayaan dan warisan

9. Semua penyertaan gambar hendaklahdi serah atau dihantar melalui email bagi tempoh peraduan di buka. Peserta hendaklah memberikan maklumat sebagaimana berikut :

a. Nama Penuh

b. No Kad Pengenalan

c. No. Telefon & Alamat email

d. Tajuk Foto

e. Lokasi Foto Dirakam serta tarikh (Dalam kawasan MPKB-BRI shaja)

f. Exif Data

10. Setiap gambar penyertaan adalah HAK MILIK PESERTA, namun PIHAK PENGANJUR berhak menggunakannya untuk sebarang siaran media elektronik atau bercetak bagi sebarang tujuan promosi pelancongan, tanpa pemakluman kepada pihak anda terlebih dahulu.

11. Hanya satu (1) Pemenang sahaja layak mendapat hadiah bagi setia kategori 

foto yang dipertandingkan.

12. Keputusan pihak juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan di layan.

13. Pihak Urusetia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau apa-apa kecacatan teknikal pada setiap foto yang dikirimkan kepada Urusetia Pertandingan.

14. Pihak Urusetia juga tidak bertanggungjawab sebarang kehilangan foto semasa Penyerahan atau pengiriman kepada pihak Urusetia melalui email.

15. Sebarang penyertaan bolehlah berhubung dengan Urusetia Pertandingan :

Urusetia Pertandingan

KOTA BHARU PHOTO CHALLENGE ‘18

Jabatan Pengurusan Korporat

Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam,

Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu, Kelantan.