MENU

 Gerai Jagung

Gerai jagung terletak di Kampung Redang menghala ke Pantai Cahaya Bulan dan jaraknya dari Kota Bharu 3.5 Kilometer.

Jualan Jagung rebus wujud sejak beberapa tahun yang lalu dan penjualan jagung hanya ditemui di Kelantan  dimana bilangannya antara 10 hingga 14 gerai.

Keunikan jagung rebus di sini ialah jagungnya direbus menggunakan kayu api dan dapat ditemui pada bila-bila masa sahaja walaupun bukan musim jagung dengan harga yang berpatutan  bersesuaian dengan kualiti jagung yang dijual.