MENU

Penyata Boleh Dikehendaki Oleh Pegawai Majlis

Mengikut kuasa yang diberikan oleh Seksyen 140, Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171), pihak Majlis boleh mengkehendaki pemilik mengemukakan maklumat-maklumat berkaitan luasnya, tempat letaknya, kualiti, guna dan sewanya serta segala maklumat yang perlu untuk menyediakan senarai nilaian bagi maksud penguatkuasaan cukai taksiran. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh, pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan jika perlu, mengukurnya.

Seseorang yang enggan memberikan maklumat-maklumat berkaitan dalam tempoh dua (2) minggu, membuat penyataan palsu atau menghalang pihak berkuasa tempatan daripada menjalankan tugas-tugas diatas boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih lebih daripada dua ribu Ringgit Malaysia (RM 2,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam (6) bulan atau kedua-duanya.

Kaedah-Kaedah Pembayaran

  • Bayaran tunai di Kaunter Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
  • Melalui cek atau kiraman wang pos di atas nama 'Majlis Perbandaran Kota Bharu' dengan mencatatkan nama, nombor telefon, alamat surat menyurat dan nombor akaun di belakang cek. Serta bil atau butiran mengenai harta berkaitan.
  • Bayaran secara online/ Jompay
  • Bayaran melalui Ikiosk di pejabat MPKB-BRI