Home    Awam   Pelancongan   Warga 
 Gambar  Audio  Video  web Mobile  Twitter  Forum 
Daftar Akaun
CARIAN
OPERASI SEPADU ANTARA JABATAN

Operasi bersepadu antara jabatan telah diadakan pada 13/02/2011 jam 8.00 MLM – 2.00 Pagi yang disertai oleh pihak MPKB-BRI, PDRM, Imigresen dan JAHEAIK. Operasi bersepadu ini turut diserti oleh Ustaz Zahiruddin bin Ahmad @ Mohd Zain (Ahli Majlis, MPKB-BRI) , En. Mohd Anis B Hussein (Setiausaha MPKB-BRI), Ustaz Azhar bin Abdul Satar (Pengarah Pelesenan, MPKB-BRI), Ust. Hj. Ropein bin Hasan (Ketua Penolong Pengarah Pembangunan masyarakat) dan beberapa kakitangan di jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI.

Operasi bersepadu yang telah dilaksanakan bagi mencegah kegiatan maksiat dan pelacuran di kawasan Perumahan terutamanya di limau Manis yang merupakan kegiatan yang selalu diambil tindakan oleh pihak berwajib. Antara jabatan yang sentiasa mengadakan operasi di kawasan ini iaitu pihak Polis D7, JAHEAIK, MPKB-BRI dan IMIGRESEN.

Walaubagaimanapun kegiatan ini tidak dapat dibendung secara total kerana kebanyakan pelacur-pelacur mengulangi kesalahan yang sama walaupun mereka telah dihantar pulang ke negara mereka di Thailand.

Pihak JAHEAIK juga mengakui telah ramai dikalangan pelacur di kawasan tersebut di tangkap dan dikenakan hukuman, namun mereka tidak serik walaupun telah dikenakan hukuman yang berat oleh pihak Mahkamah Syariah.

Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam pula sentiasa memantau kawasan ini khususnya pada malam –malam operasi mingguan yang diadakan. Pelacur-pelacur yang ditangkap pernah dibawa ke pejabat Jabatan Pembangunan Islam untuk diberi kaunseling dan nasihat agar mereka menghentikan aktiviti terkutuk ini. Namun ibarat air dicurah ke daun keladi nasihat-nasihat ini tidak diendahkan oleh mereka. Kegiatan maknyah di kawasan tersebut juga pernah ditangkap dan diserahkan kepada pihak JAHEAIK untuk diambil tindakan lanjut.

Untuk membenteras kegiatan ini amat sulit kerana mereka dilindungi oleh tonto yang diupah oleh pelacur itu sendiri dan tidak kurang juga yang melakukan maksiat diluar kawasan ini dimana mereka dibawa oleh pelanggan dengan menggunakan kenderaan peribadi yang amat sukar untuk diekori.

Justeru itu operasi bersepadu yang telah dilaksanakan sebelum ini perlu dipergiatkan kembali pada tahun ini demi memastikan Bandar Kota Bharu benar-benar bersih daripada kegiatan terkutuk ini.

Halaman: 1  2  

Saluran RSS Saluran RSS