Daftar Akaun
CARIAN
PANDUAN KE KOTA BHARU

 

UDARA

 Lapangan Terbang

  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terletak di Pengkalan Chepa, kira-kira 20 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu Bandar Raya Islam.
  • Malaysia Airlines System (MAS), FireFly dan AirAsia (Syarikat penerbangan tambang murah) adalah merupakan syarikat yang menyediakan pengangkutan udara dari KLIA ke Kota Bharu Bandar Raya Islam. Untuk mengetahui kadar tambang tiket penerbangan boleh dirujuk di laman web seperti berikut :

Kapal Terbang Air Asia Kapal Terbang MAS

Kapal Terabng Fireflyz

  • Di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terdapat perkhidmatan teksi yang mengenakan kadar tambang mengikut jarak destinasi yang ingin dituju dan juga boleh menaiki bas yang menyediakan khidmat di kawasan Pengkalan Chepa. Jika berada di pusat bandar, boleh menggunakan perkhidmatan teksi yang terletak di Stesen Teksi Jalan Doktor (berdekatan dengan Bangungan Tabung Haji) yang mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dengan kadar yang berpatutan dan juga perkhidmatan bas SKMK di Jalan Pendek (berdekatan dengan Telekom Kota Bharu).

 

Halaman: 1  2