
|
|
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | ||
|
|
RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini. Mengapa RSS perlu? Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar MPKB dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web MPKB dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga: • Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda. Bagaimana menggunakan RSS? Untuk menggunakan RSS daripada laman web MPKB, anda boleh menggunakan langkah seperti di bawah: 1. Klik pada ikon RSS pada halaman utama laman web. Di mana untuk mendapatkan RSS readers? Pengguna boleh muat turun desktop atau web-based RSS reader daripada laman web dengan mudah. Anda perlu memilih reader yang sesuai dengan keperluan kerana fungsi readers ini berbeza dengan penggunaan dan keperluannya. Berikut adalah senarai reader yang popular dalam laman web. • www.google.com/reader
|
|