BAHAGIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
HJ ROPEIN BIN HASSAN
KETUA PENOLONG PENGARAH PEMBANGUNAN MASYARAKAT
FUNGSI BAHAGIAN :
- Memantau pelaksanaan Pelan Induk Kota Bharu Bandar Raya Islam.
- Melaksanakan penyelidikan ke atas cadangan-cadangan pelaksanaan atau garis-garis panduan dan kaedah-kaedah pematuhan berkaitan pelaksanaan Kota Bharu Bandar Raya Islam
- Memantau kaedah-kaedah pengukuran serta mengukur prestasi pelaksanaan Kota Bharu Bandar Raya Islam.
- Merancang dan melaksanakan program-program sambutan Bandar Raya Islam
- Merancang dan melaksanakan program kemasyarakatan MPKB-BRI dengan warga kota sebagaimana kehendak Local Agenda 21 (LA 21).
- Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.
- Melaksanakan program-program yang menjurus kepada perpaduan kaum. (Melayu, Cina, India & Siam)
- Merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat membangunkan ekonomi golongan wanita dalam kawasan MPKB-BRI terutama ibu tunggal (armalah)
- Merancang, mengurus dan melaksanakan semua aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di sepanjang bulan Ramadhan sejajar dengan imej Kota Bharu BRI.
- Menyelia aktiviti pengeluaran wang panjar kepada 8 golongan asnaf yang layak memohon bantuan wang tunai daripada dana Tabung Amal & Kebajikan, MPKB-BRI.
- Memantau keseluruhan program-program yang dilaksanakan
No. Telefon/sambungan : 09 744 4101