Home    Awam   Pelancongan   Warga 
 Gambar  Audio  Video  web Mobile  Twitter  Forum 
Daftar Akaun
CARIAN
TIPS MENJADI INDIVIDU YANG MENARIK

TIPS MENJADI INDIVIDU YANG MENARIK


TIPS MENJADI INDIVIDU YANG MENARIK

Lumrah manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan. Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian. Namun, untuk meraih perhatian orang lain, kita perlulah memiliki daya tarikan.

Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi seorang yang popular seperti artis untuk meraih perhatian, tetapi dengan personaliti tertentu yang diserlahkan, sesiapapun mungkin akan melirik pandang kepada anda.

Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.

Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi individu menarik:

*Pamerkan air muka bertenaga

Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.

*Tenang dan kawal diri

Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja. Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.

*Pakaian kemas dan bersih ke mana-mana sahaja

Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah. Kenapa? Ini kerana dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana sahaja.

Walaupun anda suka memakai baju-T dan jeans, ia tidak mengapa asalkan nampak bersih, ringkas dan menarik.

Selain itu, kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis. Dengan itu, barulah kita kelihatan menonjol dan sesiapa juga akan tertarik untuk menegur kita.

*Pilih yang positif, lupakan yang negatif

Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Sikap-sikap ini membuatkan sesiapa sahaja kurang senang dengan anda, walaupun ibu, bapa atau adik-beradik sendiri. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin. Selain itu, buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!

Halaman: 1  2  

Saluran RSS Saluran RSS