
|
|
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman | ||
|
C.ZON PERKAMPUNGAN i. Inap Desa (Homestay) Di Zon Warisan terdapat beberapa buah kampung seperti Kampung Kijang, Kampung Banggol, Kampung Mek Mas dan banyak lagi. Antara aktiviti yang dijalankan di kampung ini ialah kerja-kerja kampung seperti menanam jagung, menenam sayur-sayuran, menguruskan dusun, mencanting batik, membuat keropok dan sebagainya bagi menyara kehidupan mereka. Program inap desa dapat menarik pelancong untuk merasai pengalaman menjalankan aktiviti desa. ii. Urut tradisional Mengurut telah dipraktikkan sejak turun temurun oleh nenek moyang. Urut tradisional ini merupakan satu kaedah perubatan tradisional untuk menghilangkan lenguh dan sakit otot. Terdapat pelbagai cara mengurut seperti urutan tangan, sendi, otot, tulang belakang, kaki dan sebagainya. Ia juga dipercayai dapat mengelakkan pelbagai penyakit.
[ Kembali ] |
|
|